Pasti sangat ramai mengenali dengan permainan Souls yang dikeluarkan oleh FROM SOFTWARE.
Disini saya ingin bercerita sedikit dengan cara permainan bagi game ini.
Permainan ini memang sangat mencabar dan semestinya pemain akan mati berkali-kali semasa melawan musuh walaupun musuh biasa (Bukan BOSS!!)
Sehingga sekarang terdapat 4 Souls game yang popular iaitu Demon Souls, Dark Souls, Dark Souls II & Bloodborne. Permainan Dark Souls III akan menyusul pada tahun 2016 pada pelantar PC, Xbox One & PS4
Walaupun permainan ini sangat susah dan mencabar, tetapi bagi saya ia adalah permainan yang sangat menarik dan juga menguji kesabaran gamers. Disini saya ingin menunjukkan gameplay beberapa Soul Game yang dirakam oleh saya :
Bloodborne
Salah satu BOSS Dungeon yang agak susah : Watchdog of The Old Lords.
Juga Dungeon Boss : Keeper Of The Old Lords
Blood-starved Beast Boss Fight!!
Dark Souls II : Scholar Of The First Sins
Pada video ini, saya keliru dengan apa yang ingin dibuat oleh invader ini. Sepatutnya dia perlu bertarung bermati-matian dengan saya :|
Pada pendapat saya, inilah perlawanan yang paling epik dalam permainan siri Dark Souls II : Scholar Of The First Sin. Dalam video ini, saya dibantu oleh pemain - pemain & NPC lain. :)
Semestinya saya tidak sabar untuk bermain permainan Dark Souls III yang bakal keluar pada tahun 2016. Pada pemain pelantar PS4, jangan lupa untuk menambah saya sebagai kawan anda.
Semestinya saya tidak sabar untuk bermain permainan Dark Souls III yang bakal keluar pada tahun 2016. Pada pemain pelantar PS4, jangan lupa untuk menambah saya sebagai kawan anda.
Sekian Untuk Saya Pada Kali Ini.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca :)

No comments:
Post a Comment