Kembali lagi dengan ulasan tawaran PS Plus untuk region [R3] tapi kali ini untuk bulan Disember 2015 pula, Sebelum ulasan untuk setiap tawaran permainan percuma pada bulan ini, kita saksikan kesimpulan untuk semua permainan percuma pada bulan ini seperti yang ditunjukkan pada video dibawah :
Jadi macam mana? memang barisan permainan yang sangat menarik disediakan oleh Sony pada bulan ini. Mungkin ini hadiah untuk menempuhi cuti hujung tahun mungkin :)
Jom baca ulasan daripada saya tentang permainan-permainan percuma pada Disember 2015 :
Gauntlet : Slayer Edition (PS4)
Antara permainan pilihan gamers pada bulan ini, sesiapa yang pernah main permainan Diablo, Torchlight, Magicka dan seumpamanya pasti sudah biasa dengan gameplay permainan ini. Disamping itu, terdapat 4 pilihan untuk watak yang akan kita mainkan. Permainan ini juga dilengkapi dengan mode Co-op untuk bermain bersama kawan-kawan. Lihat video dibawah untuk trailer individu bagi permainan ini :
Permainan ini mempunyai cerita yang sederhana dari mula sehingga tamat permainan, akan tetapi perlawanan antara Boss memang cukup menarik untuk permainan ini. Permainan ini memang wajib untuk peminat genre Dungeon Crawling.
Permainan ini adalah dalam genre interactive gameplay dimana gamer perlu berinteraksi dengan pelbagai suasana dan sekitar bagi meneruskan perjalanan watak utama. Dari segi gameplay, boleh dikatakan ia seakan sama dengan cara permainan seperti The Walking Dead (Season 1 & 2), Tales of Borderland dan seumpamanya dimana ia lebih fokus kepada jalan cerita berbanding gameplay. Permainan ini juga mempunya jalan cerita yang menarik, unik dan penuh dengan komedi. Sesuai untuk gamer yang ingin bermain dengan santai dan rileks.
Secara keseluruhan, permainan ini mempunyai daya tarikannya yang tersendiri dengan jalan cerita yang penuh komedi dan hiburan. Saya menggalakkan anda untuk bermain permainan ini kerana ia sangat lantar dan tidak perlu berfikir dengan banyak. Akan tetapi, anda perlu membeli Complete Edition yang mengandungi 6 Chapter semuanya untuk menghabiskan permainan ini.
Rating Diberikan Oleh Saya : 6.5/10
Salah satu game yang memang tidak dapat dinafikan lagi dengan popularitinya dan jualan yang sangat mendapat sambutan di Jepun. Freedom Wars merupakan game genre Action RPG yang ekslusif sememangnya menjadi buah mulut dalam komuniti PS Vita. Plot cerita di masa hadapan dimana watak yang dimainkan perlu berperang untuk mendapat kebebasan. Gameplay Mechanic hack & slash tetapi memerlukan strategi dalam setiap pertarungan diperlukan dengan perlawanan antara Boss yang sangat mencabar. Disamping itu juga pemain perlu melengkapi watak dengan senjata yang unik, kuat dan strategik untuk setiap pertarungan. Dengan pelbagai content dalam game ini, saya menobatkan permainan ini sebagai Vita Game Of The Year. Lihat video dibawah dari IGN untuk mengambil nafas sebelum bermain permainan ini :
Keseluruhannya, permainan ini sememangnya sangat menarik dan sangat berbaloi untuk dimainkan. Jika anda mempunyai kawan-kawan bermain permainan ini, jangan lupa untuk bermain bersama-sama kerana ada multiplayer mode dimana anda dan kawan-kawan anda dapat bertarung bersama-sama (Co-Op).
Rating Diberikan Oleh Saya : 10/10
Permainan ini boleh dikategorikan sebagai Classic Genre yang epik dan penuh aksi. Pemain memerlukan ketangkasan dan perlu berfikir dengan cepat. Amat berbaloi untuk dicuba bagi peminat genre side scrolling.
Rating Diberikan Oleh Saya : 7.5/10

FarCry 3 : Blood Dragon (PS3)
Siri ini merupakan Expansion bagi permainan Far Cry 3 dan ia tiada kaitan dengan plot Far Cry 3. Akan tetapi tempoh permainan ini dianggarkan selama 5 hingga 7 jam. Pada kali ini, watak utama akan berada di masa hadapan yang berbeza untuk bertempur dengan pelbagai mesin dan robot. Saksikan gameplay permainan ini dibawah:
Gameplay untuk permainan ini sememangnya seakan-akan Far Cry 3 tetapi dengan suasana dan musuh yang berbeza juga lagi mencabar. Pada sesiapa yang meminati genre First Person Shooter game ini sememangnya penuh dengan aksi dan sangat disarankan untuk merasa kepuasan apabila bermain permainan ini.
Rating Diberikan Oleh Saya : 8.5/10
Sebuah permainan sukan Snowboarding dimana pada kali ini gamer dapat merasa lokasi sebenar apabila bermain permainan ini. Gameplay permainan ini pula memerlukan pemain melakukan aksi-aksi (Trick) bagi mendapatkan markah yang tertinggi untuk memenangi sesuatu mod. Permainan ini mempunyai nilai ulangan (Repeatibility) yang baik disamping itu mod cerita (Story Mode) juga disediakan. Mari kita saksikan cara main untuk permainan ini :
Bagi peminat sukan, permainan ini berbaloi untuk dicuba kerana terdapat pelbagai mod. Disamping itu terdapat multiplayer mode untuk permainan ini. Nilai ulangan pada permainan ini membuatkan pemain tidak akan jemu untuk bermain disamping melakukan aksi berbeza dan berlumba setiap kali bermain permainan ini.
Rating Diberikan Oleh Saya : 7/10
Tawaran lain untuk ahli PS PLUS
Pada setiap bulan, akan ada faedah untuk ahli-ahli PS Plus. Antaranya :
Sedikit recap pada tawaran menarik yang dilakukan oleh Playstation Asia pada bulan lepas :
Pada setiap gamer yang mempunyai mana-mana konsol Playstation pasti masih ingat dengan Flash Sales yang dibuat oleh Playstation Asia pada bulan November 2015. Tidak mustahil ia akan muncul kembali pada bulan Disember ini dengan tawaran yang lebih hebat. Sama-sama kita nantikan.
Sekian dari saya untuk kali ini. Terima Kasih!







No comments:
Post a Comment