Hello Gamers!!, kembali lagi pada kali ini untuk ulasan permainan percuma bagi January 2016. Selamat Tahun Baru Gamers!! Seperti biasa, mari kita saksikan dulu video ringkasan bagi seluruh permainan percuma sebelum saya memulakan ulasan untuk setiap permainan yang disajikan :
Pada pendapat saya, PS4 Hardware Rivals mendapat perhatian yang tinggi pada bulan ini. Masih ingat lagi dengan permainan Rocket League ? Hardware Rivals mempuyai cara permainan yang sama iaitu mengawal kenderaan tetapi dengan objekttif yang berbeza iaitu memusnahkan semua pesaing! Mari kita teruskan dengan ulasan pertama pada bulan ini.
Ulasan Permainan Percuma PS PLUS
Hardware Rivals (PS4)
Sebuah permainan kenderaan pertarungan (Battle Car) yang ekslusif untuk peantar PS4. Cara permainannya seakan-akan seperti permainan Twisted Metal tetapi ia lebih sesuai untuk pelbagai umur. Permainan ini juga mempunyai lebih banyak customization dimana pemain boleh mengubahsuai rupa kenderaan masing-masing. Sistem upgrade menggunakan experience juga diterapkan dalam permainan ini. Setiap lokasi mempunyai pelbagai senjata berbeza yang boleh digunakan dalam pertarungan. Pastikan untuk mencuba permainan yang menarik ini. Saksikan Trailer Individu bagi permainan ini :
Rating : 8/10 (Menarik!)
Semestinya anda tidak menyesal dengan bermain permainan ini yang penuh hiburan dan plot cerita yang amat menarik.
Rating : 9/10 (Menakjubkan!)
Rating : 7/10 (Agak Baik!)
Dragon Age : Origins (PS3)
Nama permainan ini memang tidak asing lagi untuk pemain & peminat kategori Action RPG. Permainan ini juga termasuk dalam senarai Game Of The Year pada tahun 2009. Cara permainan yang interaktif dan memerlukan pemain mengatur setiap langkah serta strategi sememangnya teras utama kehebatan permainan ini. Disamping itu juga, setiap cerita yang disajikan dalam permainan ini cukup teliti, jelas dan amat mengkagumkan. Mari kita tengok sedikit video ulasan daripada IGN :
Pada peminat Action RPG, Turned Based RPG & Strategy memang digalakkan mencuba permainan ini kerana ia merangkumi kebanyakan faktor dalam setiap jenis genre. Tambahan pula, plot cerita pada zaman pertengahan yang cukup epik dan penuh emosi diterapkan dalam permainan ini menjadikan permainan ini satu permainan yang menakjubkan.
Rating : 9/10 (Menakjubkan!)
Medal Of Honor™ Warfighter (PS3)
Pada pendapat saya, permainan genre First Person Shooter ini adalah terlalu common. Tiada penerapan yang menarik tetapi ia masih boleh diterima kerana mempunyai graphic yang baik dan banyak aksi-aksi yang mendebarkan. Terdapat single player mode & multiplayer mode yang boleh dimainkan, ia boleh dikatakan sangat memuaskan bagi genre permainan seperti ini. Walaubagaimanapun, mari kita saksikan ulasan daripada Gamespot :
Walaubagaimanapun, permainan ini boleh dikategorikan sebagai average bagi pendapat saya. Jika anda peminat FPS game, anda boleh mencuba permainan ini kerana ia agak berbaloi dengan persembahan yang disajikan
Rating : 6.5/10 (Biasa)
History® Legends Of War (PS Vita)
Pada pemain yang menggemari genre Turn-Based RPG inilah permainan pilihan anda pada bulan ini. Di dalam permainan ini, pemain akan mengawal General Patton dan platoonnya dengan strategi. Pemain juga perlu membina sebuah pasukan yang hebat bagi menempuhi cabaran dalam permainan ini. Tidak banyak yang boleh diperkatakan untuk permainan ini kerana ia sangat ringkas dan senang dipelajari.
Lihat video dibawah untuk sedikit trailer & teaser bagi permainan ini :
Rating : 8/10 (Menarik!)
Dan Jangan Lupa Untuk Menyertai Cabaran Bagi permainan ini yang dianjur oleh Sony bagi memenangi hadiah vaucher PSN sebanyak RM200!!
Click untuk maklumat lanjut
Grim Fandango Remastered (PS4 & PS Vita)
Setelah 17 tahun permainan asal ini dikeluarkan, ia kembali lagi dengan versi Remastered yang menampilkan banyak penambahbaikan seperti kualiti Graphics & Developer Commentary. Cara permainan adalah seakan permainan Walking Dead Season 1 & 2 tetapi dengan jalan cerita yang menarik, unik dan sangat terhibur. Disamping itu juga, permainan ini juga menguji minda pemain dengan pelbagai puzzle yang sangat mencabar minda. Jangan lupa juga untuk mencuba permainan ini yang dianggarkan memakan masa selama 12 jam untuk menghabiskannya! Dibawah sedikit teaser tentang permainan ini :
Rating : 9/10 (Menakjubkan!)
Futuridium EP Deluxe (PS4 & PS Vita)
Sebuah permainan klasik atau Indie atau Old School. Memaparkan permainan yang "straight forward" di mana pemain mengawal sebuah jet dan menembak objek dan mengelak halangan bagi mencapai objektif tetapi dengan stage-stage yang sangat mencabar. Pemain juga perlu pantas dalam membuat tindakan untuk melepasi setiap stage dengan sempurna. Saksikan sedikit cara permainan untuk permainan ini pada video dibawah :
Pada pendapat saya Futuridium EP Deluxe adalah permainan indie yang sesuai untuk dimainkan terutama pada pelantar mudah alih (PS Vita). Sambil menunggu giliran di bank sebagai contoh, permainan ini sangat sesuai untuk bermain (^_^)
Rating : 7/10 (Agak Baik!)
Dragon Age : Origins (PS3)
Nama permainan ini memang tidak asing lagi untuk pemain & peminat kategori Action RPG. Permainan ini juga termasuk dalam senarai Game Of The Year pada tahun 2009. Cara permainan yang interaktif dan memerlukan pemain mengatur setiap langkah serta strategi sememangnya teras utama kehebatan permainan ini. Disamping itu juga, setiap cerita yang disajikan dalam permainan ini cukup teliti, jelas dan amat mengkagumkan. Mari kita tengok sedikit video ulasan daripada IGN :
Pada peminat Action RPG, Turned Based RPG & Strategy memang digalakkan mencuba permainan ini kerana ia merangkumi kebanyakan faktor dalam setiap jenis genre. Tambahan pula, plot cerita pada zaman pertengahan yang cukup epik dan penuh emosi diterapkan dalam permainan ini menjadikan permainan ini satu permainan yang menakjubkan.
Rating : 9/10 (Menakjubkan!)
Medal Of Honor™ Warfighter (PS3)
Pada pendapat saya, permainan genre First Person Shooter ini adalah terlalu common. Tiada penerapan yang menarik tetapi ia masih boleh diterima kerana mempunyai graphic yang baik dan banyak aksi-aksi yang mendebarkan. Terdapat single player mode & multiplayer mode yang boleh dimainkan, ia boleh dikatakan sangat memuaskan bagi genre permainan seperti ini. Walaubagaimanapun, mari kita saksikan ulasan daripada Gamespot :
Walaubagaimanapun, permainan ini boleh dikategorikan sebagai average bagi pendapat saya. Jika anda peminat FPS game, anda boleh mencuba permainan ini kerana ia agak berbaloi dengan persembahan yang disajikan
Rating : 6.5/10 (Biasa)
History® Legends Of War (PS Vita)
Pada pemain yang menggemari genre Turn-Based RPG inilah permainan pilihan anda pada bulan ini. Di dalam permainan ini, pemain akan mengawal General Patton dan platoonnya dengan strategi. Pemain juga perlu membina sebuah pasukan yang hebat bagi menempuhi cabaran dalam permainan ini. Tidak banyak yang boleh diperkatakan untuk permainan ini kerana ia sangat ringkas dan senang dipelajari.
Lihat video dibawah untuk sedikit trailer & teaser bagi permainan ini :
Keseluruhannya, permainan ini agak menarik bagi pemain yang inginkan Turned-Based strategy game yang ada kelainan. Bagi pengumpul trophy, permainan ini agak senang untuk mengutip trofi Platinum. Jangan lepaskan peluang anda!
Rating : 7.0/10 (Menarik)
Tamat untuk ulasan permainan pada bulan ini.
Jangan lupa untuk menantikan tawaran menarik yang akan diadakan oleh Sony Asia pada bulan ini, yang pasti jangan lepas peluang untuk menggunakan diskaun 10% untuk tahun baru 2016 (^_^)
Saya telah pun menggunakan diskaun 10% ini untuk membeli season pass untuk permainan DriveClub. Anda pula bagaimana?
Setiap bulan pasti ada diskaun yang menarik ditawarkan oleh Playstation Store. Bagi pemain yang melanggan PS Plus sememangnya akan ada diskaun tambahan. Jangan lupa untuk melanggan PS Plus yang mempunyai pelbagai faedah & kelebihan berbanding ahli biasa.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca (^_^)











No comments:
Post a Comment