Wednesday, 11 November 2015

PS Plus Asia November 2015 Offer

Seperti yang kita ketahui, bagi sesiapa yang melanggan PS Plus. Anda akan dihidangkan dengan pelbagai permainan digital yang menarik setiap bulan. Selain itu juga, ahli PS Plus akan mendapat faedah seperti ekstra diskaun pada permainan digital yang terpilih pada bulan berkenaan. Mari lihat video dibawah untuk game percuma kepada ahli PS Plus bulan November 2015 untuk region Asia (R3).





Dibawah adalah Ulasan Permainan Percuma Pada Kali Ini


Super Meat Boy (PS Vita & PS4)





Super Meat Boy merupakan game yang sangat mencabar & memerlukan ketangkasan serta daya berfikir yang pantas. Ia merupakan game yang unik dan mendapat ulasan yang tinggi daripada pengkritik.
Rating diberikan oleh saya : 8.5 / 10








Thief (PS3 & PS4)



Thief merupakan permainan dimana kita sebagai watak utama akan melakukan pelbagai rompakan yang mencabar. Mencuri harta yang berharga. Permainan ini lebih kepada stealth dimana seeloknya kita mengelak dari pandangan musuh.
Rating diberikan oleh saya : 7.0 / 10
Dragon Fin Soup (PS Vita, PS3 & PS4)











Dragon Fin Soup merupakan permainan genre klasik RPG dengan graphik 2D dan menyeronokkan. Pemain RPG memang wajib bermain permainan ini.
Rating Diberikan oleh saya : 8.5 / 10







Mass Effect 2 (PS3)




Mass Effect merupakan sambungan daripada Mass Effect dimana watak utama akan menjelajah ke galaksi dan pelbagai planet untuk menentang makhluk asing yang ingin memusnahkan galaksi. Game ini wajib dimainkan oleh peminat genre action RPG kerana gameplay dan storyline yang memang sangat menarik.
Rating Diberikan oleh saya : 9.5 / 10







Sumioni (PS Vita)




Permainan yang kelihatan mudah tetapi sebenarnya amat mencabar. Hanya dengan menggunakan skrin sentuh pada PS Vita, pelbagai pengalaman akan ditempuhi di dalam permainan ini.
Rating Diberikan oleh saya : 7.5 / 10








Catsblock Vestival (PS Vita)



Satu lagi game puzzle yang ringkas dan mudah dengan menggunakan skrin sesentuh pada PS Vita. Konsep game ini lebih kurang sama dengan Candy Crush tetapi ia lebih menarik kerana terdapat banyak content yang boleh dijelajah di dalam permainan ini.
Rating Diberikan oleh saya : 8.5 / 10









Terdapat pelbagai lagi diskaun dan tawaran menarik untuk ahli PS Plus dalam bulan Oktober sehingga November 2015. Antaranya :








Dan banyak lagi tawaran akan dibuat oleh Sony Asia SEA (R3). Bulan ini juga jika anda melanggan PS Plus untuk 12 Bulan, 1 Bulan bonus percuma akan diberikan. Rujuk gambar dibawah :



Bagi saya memang berbaloi untuk melanggan PS Plus lebih-lebih lagi jika anda mempunyai PS Vita, PS3 & PS4.

Sekian untuk bulan ini dari saya.

Terima Kasih kerana sudi membaca :)



No comments:

Post a Comment